Ditelan terowong masa di Al Balad Jeddah

Ditelan terowong masa di Al Balad Jeddah

          Bukan mudah untuk kembali ke satu era klasik yang pasti menyentuh jiwa. Itulah yang diutarakan oleh kebanyakan jemaah apabila  mula memasuki Kota Balad Jeddah, binaan kota membuatkan mereka terpesona dengan seni budaya binaan yang lain dari yang lain seakan-akan dalam filem Sinbad.
         Salah sebuah tempat khas yang akan kami bawa sekiranya anda menggunakan perkhidmatan umrah bersama kami ialah Balad Jeddah. Mari ikuti ceritera tentang Balad ini.
         Balad Jeddah bermaksud Kota Lama Jeddah merupakan kota maritim yang diasaskan sejak abad ke-7 . Paling menarik seni binaanya dapat dikekalkan hingga ke hari ini sehinggakan setiap mata memandang pasti penuh sehingga tertumpu pada pintu gerbang kotanya  begitu gah dan membawa erti ketamadunan yang menjangkau ke masa silam.
        Jika disingkap kembali sejarah Balad Jeddah , ianya merupakan satu kota yang akan disinggah oleh para pedagang dan jemaah haji bagi mendapatkan bekalan makanan dan sebagainya sebelum meneruskan perjalanan pergi dan pulang sejak zaman Khalifah Uthaman Ibn Affan pada tahun sekitar 703.
        Ianya menjadi transit buat para pedagang lalu menjadikan ia lalu menjadikan ia sebagai pusat percampuan sosiobudaya unik terhasil di kota Al- Balad sehingga hari ini. Boleh dikatakan Al-Balad pernah menjadi kota metropolis sepertimana kita melihat Kuala Lumpur pada hari ini sebelum wujudnya penerbangan kapal terbang.
      Sehinggakan pernah suatu masa kota ini diserang oleh pihak Portugis dalam usaha menjatuhkan daulah negara-negara Islam pada tahun 1497 sehinggakan masih dikekalkan tapak perkuburan Kristian selepas mereka berjaya dihalau keluar.
      Selepas usaha pihak Portugis gagal, kerajaan Turki Uthmaniaah mula membina tembok di sekitar yang lebih kukuh selepas serangan pihak Portugis pada tahun 1525. Tembok dilengkapi enam menara pengawal dan serta enam pintu bandar.
     Usaha mempertahankan kalimah Islam ini termasuk membina enam pintu masuk ke Mekah, Pintu Gerbang Timur, Pintu Gerbang Maghariabah, Pintu Pelabuhan, Pintu Shaarif yang menghala ke selatan, Pintu Al Sham, dan Pintu ke Madinah.
     Namun sebahagian peninggalan yang ada dimusnahkan pada 1947 dan yang masih ada dikekalkan dibawah Khazanah Dunia UNESCO 2014.
      Pasti ada yang kehairanan, jika melihat di sini terlalu banyak rumah dan bangunan di sini akan mempunyai pintu besar serta tertingkap kayu yang dikenali sebagai Mashrabiya yang mempunyai motif tertentu dan berbeza bagi setiap rumah.
      Boleh dikatakan, setiap bangunan disini akan mempunyai struktur berkenaan, sama ada, rumah perseorangan, rumah tumpangan, sekolah, masjid, dan juga kedai di jalanan menjadikan ia struktur begitu unik untuk disingkapkan.
       Cukup mengasyikkan jika struktur itu diteliti satu persatu kerana ianya menggambarkan reka cipta klasik Arab, dan pada masa sama ianya menjadi syurga buat mana-mana
jurugambar untuk mengabdikan foto tetingkap serta pintu rumah di sini disebabkan mempunyai  rona warna yang menarik, selain teknik penataan cahaya dapat menembusi slot-slot yang ada.
        Sudah menjadi tradisi di Al-Balad pintu besar rumah digelar sebagai Rawashaan, dan tetingkap dijadikan suatu simbol dan hiasan serta bertindak sebagai sistem penyejukkan bangunan yang coraknya berbeza dari satu ke satu yang lain.
        Adalah menjadi kebanggaan bagi setiap pemilik bangunan dengan simbol ukiran pada pintu dan tetingkap mereka yang menampilkan corak seni bina Islam dengan motif geometri, simetri yang menjadi tulang belakang hiasan berkenaan.
        Kebanyakkan bangunan yang ada seusia dengan kota ini, sehinggakan membuatkan kita terasa seperti disedut masuk dalam mesin masa kembali ke era zaman berkenaan.
        Pelbagai aktiviti yang dapat dinikmati sekiranya anda berkunjung ke kota purba ini, yang pasti ialah dapat bergambar di sekitar Pintu Gerbang Madinah dan Makkah yang menyimpan 1001 sejarah di kota ini.
         Selain itu, anda berpeluang sebuah berkunjung ke rumah lama, Al Naseef(Beit al Nassef) iaitu sebuah bangunan lama yang kini menjadi muzium untuk tontonan awam.
        Pada masa, jangan lupa berkunjung Muzium Perbandaran Jeddah kerana ia merupakan sekolah pertama di sini dengan nama Madrasah Al- Falah Jeddah, dan kemudianya menjadi sebuah muzium.
        Penulis pasti, setiap pengunjung datang ke sini akan menziarahi satu masjid purba dikenali sebagai Masjid Al-Shafie yang dibina sejak zaman abad ke-7 dan kini ianya sedang ditelan zaman akibat tiada operasi baik pulih daripada pihak berwajib.
        Pada masa sama, saya pasti wanita akan mendapat manfaat paling besar jika ke sini, kerana terlalu banyak pasar beli belah yang menjual perbagai item dengan harga borong.
        Balad Souk Al-Alawi pasti akan membuatkan kaum wanita rambang mata, apabila begitu banyak tudung, kain, abaya, minyak wangi, barangan kulit, terutama kasut ala capal serta perhiasan diri untuk diborong pulang, begitu juga, kepada para penggemar kopi arab, dan jangan lupakan untuk merasai sendiri aroma teh bunga raya dikenali sebagai “Karkade”.
        Menjadi perkara paling penting untuk sesuatu belian adalah harga dan kualiti, apa yang anda boleh harapkan ialah harga di sini begitu murah dan dengan kualiti yang memikat hati.
       Bukan mudah untuk anda mendapatkan sekeping roti berserta daging dengan hanya 1 riyal untuk shawarma yang begitu lazat dan dimasak dengan cara tradisional.
       Walaubagaimanapun sila berhenti membeli belah sebelum waktu maghrib, kerana anda akan terlepas peluang keemasan untuk memanjat bumbung Al-Naseef bagi menyaksikan panorama matahari terbenam.
       Adalah satu kelebihan jika dapat melihat matahari terbenam di kota purba ini sebelum azan kerana iaaya pasti memberikan satu pengalaman baru kepada pengunjung.
tamat